Tun Daim Zainuddin yang menghilang diri seketika dulu muncul kembali manakala MAS, Renong dan lain-lain syarikat besar yang mempunyai kaitan langsung dengan beliau mempunyai masalah besar.
Daim kini dikesan aktif mendampingi Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin saja ini merupakan cara paling terbaik buatnya bagi menyelamatkan diri dari sebarang siasatan berkaitan jenayah perniagaan dan rasuah.
Adalah menjadi rahsia umum bahawa Daim dan Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) terlibat menyerahkan projek pengswastaan projek Lebuhraya Utara Selatan kepada syarikat Hati Budi yang pada ketika itu dihebahkan sebagai milik Umno.
Pertengahan tahun 2003, tatkala Mahathir dan media Malaysia menyerang keras Singapura mengenai isu bekalan air, penambakan dan lain-lain, Daim secara diam meneruskan rundingan dnegan syarikat kerajaan Singapura, Temasek Holdings untuk membeli bank di Indonesia.
Dari mana Daim meperolehi wang berbilion ringgit tatkala syarikat-syarikat besar yang dikaitkan dengan beliau rugi?
Laporan polis yang melibatkan rasuah RM600 juta yang dibuat oleh Anwar Ibrahim tidak disiasat oleh BPR. Pada hal laporan itu disertakan dengan dokumen penyerahan wang dan saham kepada Daim oleh Tan Sri Halim Saad, Tan Sri Tajuddin Ramli dan Tan Sri Wan Azmi Wan Hamzah.
Bagi pemerhati politik dan korporat yang mengenali cara Daim bertindak, mereka menjangka beberapa langkah strategik akan diambil Daim. Pertama, mendampingi dan mungkin pula menyediakan dana untuk syarikat keluarga perdana menteri baru. Kedua, mempraktikkan ikatan kepentingan dengan negara-negara lain yang dapat memperteguh kedudukan dan memperluas pengaruhnya.
Baru-baru ini, Daim melancarkan buku mengenai Perang Iraq yang menjelaskan bagaimana Amerika Syarikat terlibat dalam 'deception', memutar belitkan fakta. Beliau selayaknya mengupas isu putar belit kerana mempunyai kemahiran sedemikian.
Bagaiman halnya dengan seorang bekas Menteri Kewangan seperti beliau mengumpul dana berbilion ringgit?
Apakah secara retorik antirasuah yang diusahakan Abdullah hanya tertumpu kepada pegawai rendah dan ikan kecil?
