Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Salam Sejahtera, Pluralism Malaysia menyeru semua orang Islam agar tidak lagi membayar zakat fitrah mereka melalui pusat zakat yang bernaung di bawah majlis agama.

Pemboikotan ini adalah untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada pusat zakat yang selama ini tidak melayan pemohon bantuan zakat dengan baik dan mesra malah ada yang terus dipinggirkan tanpa dapat merasai bantuan zakat.

Pemerintahan di zaman Khalifah dalam Islam memastikan rakyat dibantu terlebih dahulu menggunakan duit zakat yang dikutip kerajaan dan bukannya memberikan peruntukan kepada program-program yang tidak membantu fakir miskin.

Oleh itu, Team Pluralism Malaysia mengajak semua masyarakat Muslim agar terus membayar zakat kepada asnaf tanpa melalui pusat zakat yang bernaung bawah majlis agama negeri.

Adalah lebih baik membayar terus kepada asnaf dengan mencari sendiri golongan yang miskin dan fakir di sekeliling kita yang terdekat.

Ribuan warga tidak berumah dan orang miskin yang mengemis dan merempat sering kita perhatikan.

Dan ini adalah satu bukti bahawa pusat zakat gagal memainkan peranannya dalam mencari golongan ini serta membantu mereka.


KHALID MOHD ISMATH koordinator Team Pluralism Malaysia.

ADS