Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemuda PAS Perak melahirkan kebimbangan dengan laporan media tentang kejadian kecederaan berikutan bermain mercun sehingga mengakibatkan kehilangan sebahagian anggota badan.

Kami mengharapkan dan memberi peringatan kepada remaja dan anak muda yang terlalu ghairah ingin bermain mercun biasa atau buatan sendiri agar berhati-hati dan menjaga diri serta persekitaran agar tiada yang akan tercedera akibat bermain mercun tersebut.

Kami sangat gusar jika ada selepas ini media melaporkan ada kejadian seumpamanya telah berlaku di Perak khasnya.

Kami mengharapkan agar pihak yang bertanggungjawab membuat permantauan dan usaha pencegahan agar tiada yang akan tercedera atau yang amat membimbangkan akan kehilangan salah satu anggota badan mereka.

Bagi kami peranan ibu bapa dan sekolah amat penting kerana generasi anak muda dan remaja yang masih bersekolah akan sentiasa terdedah dengan sesuatu yang baru dan sifat ingin memcuba.

Kadang-kadang, mereka inilah yang sentiasa kita dengar melalui laporan media yang terlibat seperti kejadian bermain mercun sehingga yang mengakibatkan kecederaan dan ada yang mengakibatkan hilang jari atau tangan serta buta akibat tercedera.

Kami menasihatkan kepada remaja dan anak muda serta kanak-kanak yang masih muda agar tidak melakukan perbuatan yang sia-sia sehinggakan anda semua tercedera.

Kami tidak menghalang anda untuk bermain dan bergembira, tetapi mengambil sikap berhati-hati dan menjaga diri daripada berlaku musibah hitam dalam diri anda akibat bermain mercun.

Kami mengharapkan media memainkan peranan agar memberikan peringatan dengan mempamerkan kesan-kesan akibat bermain mercun yang mengakibatkan kecederaan agar mereka lebih berhati-hati jika ingin bermain kelak.


DR RAJA AHMAD ISKANDAR RAJA YAACOB ketua Pemuda PAS Perak.

ADS