Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat
Siswa kesal pertelagahan isu MB S'gor
Diterbitkan:  Jul 14, 2014 1:24 PM
Dikemaskini: 5:26 AM

Selangor yang disasarkan akan terus maju di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat pasca PRU13 kian menjadi polemik berikutan siri-siri kemelut dalaman parti berlatarbelakangkan perebutan jawatan Menteri Besar yang masih berlarutan sehingga kini.

PMIUM dengan ini menyatakan kekesalan terhadap sikap pendokong Pakatan Rakyat yang tidak habis-habis bertelagah sesama sendiri setelah diberi kepercayaan oleh rakyat selama hampir enam tahun memerintah Selangor.

Berikutan penumpuan mereka terhadap masalah yang langsung tidak menguntungkan rakyat ini, PMIUM dengan tegas menuntut agar:

1. Kerajaan Pakatan Rakyat segera menyelesaikan kemelut dalaman yang dilihat semakin dominan dalam liputan media berbanding isu rakyat.

2. Kepimpinan Pakatan Rakyat menitikberatkan sikap profesional dalam mendepani masalah yang mendatang serta menunjukkan nilai yang baik kepada rakyat.

Justeru, PMIUM berharap agar kerajaan Selangor mengenepikan segala masalah picisan serta terus komited dalam menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh rakyat dengan memberikan perhatian yang lebih serius dalam menangani isu rakyat yang kritikal di Selangor seperti isu air dan kemiskinan.

Sekiranya tiada perubahan, maka anak muda Selangor bahkan rakyat yang selama ini memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah Selangor tidak akan teragak-agak untuk beralih undi dalam pilihan raya akan datang.

Pakatan Rakyat seharusnya keluar dari zon selesa dan sedar bahawa perpecahan sesama sendiri ini hanya akan membawa kepada harapan yang "retak menanti belah".


KHAIROL NAJIB HASHIM Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

ADS