Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pertubuhan Pribumi Perkasa Selangor (PERKASA Selangor) menjunjung titah serta keputusan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang memperkenankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.

Kita berpendirian bahawa perkenan baginda itu merupakan satu titah yang perlu dipatuhi oleh semua pihak khususnya di kalangan pemimpin parti poltik di negeri ini.

Kita percaya, perkenan baginda itu dibuat berasaskan kepada pertimbangan memelihara kepentingan rakyat di negeri ini yang mahukan kestabilan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Selain menolak sebarang bentuk politik melampau yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu sehingga membelakangi undang-undang serta amanah yang diberikan oleh rakyat.

Justeru, PERKASA Selangor memberikan ketetapan menyokong Khalid untuk terus kekal sebagai menteri besar Selangor sebagaimana yang ditegaskan menerusi keketapan baginda.

Mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan kedudukan Khalid sebagai menteri besar Selangor jelas dianggap tidak menghormati keputusan serta perkenan baginda selaku ketua negeri.

Selain itu, kita juga mengharapkan Khalid supaya berpegang kepada amanah yang diberikan kepadanya selain memastikan menjalankan tugas mengikut lunas-lunas yang terkandung dalam perlembagaan negeri dan Perlembagaan Persekutuan.


ABU BAKAR YAHYA Yang Dipertua PERKASA Selangor

Lihat Komen
ADS