Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Saya penyokong penuh penarikan diri Dr Syed Husin Ali berikutan satu 'penghinaan paling memalukan' yang dilakukan Nik Aziz Nik Mat dan pimpinan PAS Kelantan terhadapnya.

Malah, saya menyeru agar semua ahli parti Keadilan, ahli reformis, badan bukan kerajaan (NGO), para pemerhati dan kesemua agar menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap kenyataan tidak bertamadun oleh pemimpin PAS ini.

Dia dilihat semakin merepek, melampau dan yang lebih penting ialah kenyataan terbaru beliau merupakan klimaks maksimum sikap pelampau yang paling jumud. Sila kaji kenyataan beliau yang disertakan dan saya dapat mengorek segala isu yang tersurat di sebalik kata-kata beliau:

1) "Kita tidak mahukan calon yang bertanding berfahaman sosialis.seperti kita tahu golongan sosialis ini adik sikit daripada komunis."

2) "Pimpinan PAS Kelantan mahukan calon yang sekurang-kurangnya sedikit ciri-ciri Islam."

3) "Saya yakin calon tersebut tidak akan menang, mungkin para petugas tidak bekerjasama."

Saya ingin memberi penjelasan kepada Nik Aziz dan PAS Kelantan bahawa Syed Husin adalah presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM). Asalnya parti ini bernama Parti Sosialis Rakyat Malaysia. Setelah Dr Syed Husin mengambil teraju kepimpinannya, maka nama asal parti itu telah ditukar, malah perlembagaan parti yang condong kepada fahaman sosialis, telah ditiadakan.

Oleh kerana parti ini berbentuk pelbagai kaum, maka perjuangan semangat demokrasi menjadi teras perjuangan mereka.

Sejak tahun 1999, Barisan Alternatif (BA) ditubuhkan bagi menjadi pengganti kepada

kerajaan korup Barisan Nasional. BA dianggotai oleh Keadilan, PAS, PRM dan DAP. Berikutan penubuhan barisan pembangkang itu, maka BN di Terengganu tumbang dan banyak kerusi Umno hampir tergugat.

Tetapi kini Nik Aziz dan parti PAS khususnya berani menolak pemimpin tertinggi Keadilan untuk bertanding kerusi Parlimen! Adakah sekiranya timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat itu bertanding, maka segala jentera PAS akan boikot! Ini bermakna PAS memperlekehkan Keadilan.

Lihatlah Piagam Madinah, di mana bangsa Yahudi, Quraisy dan Majusi pun diajak untuk menjaga keselamatan Madinah ketika itu... inikan pula Dr Syed Husin Ali yang terang-terang ada iman!

Malah Dr Syed Husin telah melepasi tahap piawaian sebagai pejuang sebagaimana beliau disumbat selama bertahun di Kamunting. Anwar Ibrahim, Syed Husin, Said Zahari, Imam Ghazali, Imam Abu Hanifa, Gandhi dan Mandela, kesemuanya pejuang tulen yang pernah masuk penjara.

Kepada semua kaum Melayu, Cina, India... tolak parti PAS. Ianya adalah parti yang mementingkan diri sendiri. Pilihlah parti yang lebih sederhana untuk masyarakat Malaysia...

ADS