Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Statistik terkini berkaitan kenaikan tol di CIQ Johor Bahru harus menjadi panduan kepada semua bagi menilai tujuan dan keberkesanannya.

Bagi mereka yang memandu kereta setiap hari ke Singapura, ada dua kategori.

Pertama, mereka yang menggunakan kereta Malaysia (pendaftaran Malaysia), apabila keluar dari Singapura untuk kembali ke Johor, mereka ini akan membayar VEP bernilai SGD35, iaitu kira-kira RM89.

Untuk sebulan ia boleh mencecah SGD1000 atau RM2,500. Mereka ini pastinya golongan yang sangat berkemampuan dan mampu menanggungnya.

Kategori kedua (majoriti) adalah pengguna tempatan yang menggunakan kereta Singapura (pendaftaran Singapura) juga mereka yang mempunyai kemampuan yang sama dengan kategori pertama itu.

Kerana mereka ini mampu membeli kereta di Singapura, yang mana harganya tiga kali ganda lebih mahal berbanding kereta tempatan, termasuk harga certificate of entitlement (CEO) wajib republik itu ke atas setiap pembeli kereta.

Maka kedua-dua kategori pengguna ini pastinya kelompok yang sangat berkemampuan untuk menangung kos kenaikan caj tol di CIQ.

Bagi mereka yang menggunakan perkhidmatan teksi pula tidak terjejas sama sekali. Syarikat teksi atau pemilik individu akan menyerap kos kenaikan ini kepada pengguna yang mana majoriti pengguna teksi yang berulang-alik ke Singapura adalah pelancong luar.

Sama dengan kenderaan bas, pemandu dan pekerja kilang tidak menanggung kos ini sebaliknya syarikat kilang yang mengupah syarikat bas untuk membawa pekerja mereka.

Begitu juga dengan lori, kos ini akhirnya akan ditanggung oleh pengguna barangan di Singapura.

Jumlah import dan eksport antara Malaysia dan Singapura adalah berbeza.

Singapura mengimport barangan keperluan harian lebih banyak berbanding kita mengimport barangan untuk keperluan harian domestik.

Walaupun ada sedikit terjejas, tetapi saiz itu tidak signifikan dalam nilai dagangan domestik.

Maka, pembangkang tidak perlu khuatir tentang kesan kenaikan caj tol di CIQ kecuali mereka hanya sekadar mahu meraih sokongan dan perhatian rakyat mengenainya.

Dasar pembangkang di Malaysia, hanya tahu ambil kesempatan terhadap sesuatu isu tanpa menyelidiki secara adil terlebih dahulu.


AHMAD ARSHAD anak jati Johor dan tinggal di Bakar Batu.

Lihat Komen
ADS