Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menghargai usaha pihak kerajaan khususnya Jabatan Penerangan Malaysia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan di kalangan rakyat Malaysia.

Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Penerangan Malaysia, terdapat enam program utama yang telah dan akan dianjurkan sempena Sambutan Kemerdekaan ke-57 pada tahun ini.

Bagaimanapun, pihak kami mencadangkan agar pihak kerajaan membatalkan penganjuran program Memori Chow Kit Road 2.0 yang dijadual akan diadakan selama 3 hari bermula pada 29 hingga 31 Ogos 2014 bertempat di Jalan Tuanku Abdul Rahman (hadapan SOGO).

Rentetan daripada rangkaian peristiwa menyayat hati telah berlaku baru-baru ini sehingga meragut nyawa rakyat Malaysia dalam tragedi MH17 dan nasib yang belum pasti dalam insiden MH370, maka adalah lebih baik program 3 hari tersebut dibatalkan.

Kami turut mengucapkan terima kasih kepada pihak kerajaan di atas pembatalan Konsert Merdeka dan acara bunga api mega yang sinonim diadakan pada setiap tahun.

Seharusnya, pihak kerajaan membawa idea-idea baru dan lebih segar untuk menyuntik semangat kecintaan terhadap negara terutama dikalangan anak muda.

Malah, ini adalah platform terbaik untuk menonjolkan solidariti bersama seluruh pemimpin utama dan rakyat di negara ini untuk menghayati semangat kemerdekaan yang sebenar.


NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Lihat Komen
ADS