Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pada 11 Oktober, tercatat sejarah apabila buat pertama kalinya Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (WP) dan DAPSY WP bersetuju untuk berkolaborasi sebagai sebuah angkatan pemuda bagi menjuarai isu rakyat ibu kota.

Walaupun tanpa kehadiran AMK WP kerana AMK Pusat masih belum melantik kepimpinan pemuda di setiap negeri, namun, DPPWP & DAPSY WP berhasrat meneruskan agenda dan kami akan mengalu-alukan AMK WP bersama kami selepas lantikan tidak lama lagi.

Pertemuan kali kedua ini berlangsung selepas pertemuan pertama yang diadakan secara santai pada bulan Ramadhan yang lalu.

Pertemuan pertama tempohari lebih bersifat sesi perkenalan dan pertukaran idea mengenai organisasi masing-masing sambil berbuka puasa bersama-sama.

Pertemuan kedua ini lebih serius membincangkan isu rakyat yang ingin dijuarai oleh Pemuda Pakatan di WP. Kami bersetuju untuk mengadakan Mesyuarat Majlis Pemuda Pakatan WP secara berkala iaitu 3 bulan sekali.

Selain itu, agenda bertindak dalam masa terdekat ialah dengan menengahkan isu daftar pemilih baru. Satu memorandum bersama akan dihantar ke SPR WP dalam masa yang terdekat.

Memorandum ini akan mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan dan desakan kepada SPR bagi mendengar suara pengundi muda.

Tanpa melupakan iklim rakyat kini yang kian keluh kesah dengan pembentangan Bajet 2015, DPPWP dan DAPSY berikrar akan menjalankan beberapa siri wacana dan penerangan kepada anak muda khusus berkenaan implementasi GST, rasionalisasi subsidi, subsidi bersasar dan sebagainya.

Harapan kami agar  Majlis Pakatan Rakyat Pemuda WP ini bakal menerobos kubu BN pada pilihan raya umum ke-14 dan memimpin kebangkitan anak muda ibu kota pada masa depan.

Lihat Komen
ADS