• Budaya dogmatik, cetek PAS, Umno
  • Malik Shakur
  • 1085557549
  • Saya ingin merujuk kepada surat Kelantan71 yang disiarkan dalam malaysiakini yang meluahkan isi hati yang berang terhadap 'penghinaan' Parti Rakyat Malaysia (PRM) terhadap PAS.

    Sesungguhnya saya amat gembira di atas penyiaran surat tersebut kerana akhirnya, seorang penyokong PAS sendiri telah dapat memberi gambaran yang paling jelas tentang mentaliti cetek yang membuatkan ramai orang menolak PAS.

    Budaya dogmatik ini jangan disangka hanya masalah PAS, tetapi ia melambangkan kebudayaan orang Melayu zaman sekarang. Para penyokong Umno juga tidak kurangnya, malahan kadang-kadang lebih lagi taksubnya dengan dogma dan pemikiran cetek apabila menghalalkan apa-apa sahaja keputusan kepimpinan mereka.

    Apa pun, solekan luarnya, sama ada nasionalistik, politik perkauman ataupun keagamaan, kiblat utamanya adalah sama sahaja � taat kepada arahan dengan taksubnya dan tanpa pandangan kritikal.

    Tidak perlu saya mengulas dengan panjang ulasan-ulasan Kelantan71 - beliau sendiri telah berjaya menelanjangkan semuanya..

    • Dendam PRM tidak berkesudahan
    • Keadilan mesti pisah dari PAS, DAP
    • PAS perlu kira soal imej, persepsi
    • Mengapa PAS tidak bergabung sahaja dengan Umno?
    • Rakyat undi BA, bukan PAS pada 1999
    • PAS repackaged by Umno
    • Reinvent thyself, Umno
    • No sign of change in Umno and BN
    • Bebaskan Umno daripada gejala politik wang
    • Muzakarah PAS-Umno: Kerja Membuang Masa