Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kalender Hijriyah atau kalender Islam digunakan dalam menentukan tanggal atau bulan yang berkaitan dengan ibadah atau hari-hari penting lainnya.

Kalender ini dinamakan sedemikian karena ini tahun pertama terjadinya peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah pada tahun 622M.

Setiap tahun, kita akan meraikan sambutan acara tahunan mengikut kepercayaan masing-masing. Ada di antara golongan yang menyambutnya secara berpesta dan hiburan.

Tetapi dalam Islam kita menyambutnya dengan mengingati peristiwa penghijrahan Nabi Muhammad bersama pengikutnya dari Mekah ke Madinah dengan berbagai-bagai cabaran.

Mereka bersatu ke arah kebaikan kerana sepanjang kehidupan mereka di Makkah, mereka sentiasa menghadapi berbagai-bagai ugutan dan ancaman dari pihak musuh.

Setelah perpindahan mereka ke Madinah, mereka disambut penduduk Madinah dengan baik maka dari situlah bermulanya kehidupan dengan lebih tenang dan aman.

Tahun depan apabila GST dilaksanakan, ramai yang masih ragu akan jaminan pihak kerajaan agar harga barangan keperluan tidak akan dinaikkan.

Kesan dari kenaikan harga minyak menyebabkan hampir keseluruhan harga barang keperluan naik. Sepatutnya kerajaan dapat menurunkan harga minyak mengikut harga pasaran minyak dunia.

Masalah insfrastruktur di luar bandar yang masih belum dinikmati kebanyakan rakyat sepatutnya perlu diberi perhatian oleh kerajaaan.

Begitu juga masalah kehidupan penduduk luar bandar dan bandar yang masih belum mempunyai tempat tinggal tetap juga perlu diberi keutamaan.

Ketua menteri Sarawak berkata dengan lebih 5,000 kampung yang terdapat di seluruh negeri dan keluasan Sarawak yang menyamai Semenanjung Malaysia, beliau berjanji akan menumpukan pembangunan dan menaik taraf kemudahan serta keperluan di luar bandar, hingga menjadi lebih baik daripada di Semenanjung Malaysia.

Walaupun banyak peruntukkan untuk Sabah dan Sarawak, rakyat di Sarawak secara umumnya masih lagi berada dalam kemiskinan kerana keuntungan dari hasil peruntukan dan projek itu nanti tetap dinikmati oleh golongan kapitalis serta pihak yang mempunyai kepentingan.

Harapan rakyat setiap tahun baru tetap sama iaitu ingin melihat perubahan secara menyeluruh bukan setakat mendengar jumlah bilion ringgit tetapi manfaat hasil dari peruntukan tersebut.

Sempena menyambut tahun baru Maal Hijrah 1436H bersamaan dengan 25 Oktober 2014, PAS Sarawak ingin mengucapkan salam Maal Hijrah kepada semua rakyat Malaysia di mana juga mereka berada.


JOFRI JARAIE timbalan pesuruhjaya PAS Sarawak

Lihat Komen
ADS