Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat

Susulan daripada isu Utusan Malaysia yang melaporkan wujudnya Mafia dan “Robin Hood” di Kuala Sepetang, Pemangku Ketua Polis Negeri Datuk A Paramasivam telah mengetuai rombongannya meninjau kawasan Kuala Sepetang dan Kuala Sangga pada 4 November.

Beliau berkata polis negeri akan membentuk kerjasama bersepadu melibatkan pelbagai agensi bagi memerangi kegiatan jenayah yang berlaku.

Beliau juga mengatakan bahawa semua aktiviti di perairan adalah terkawal, tidak tolak dakwaan ada kegiatan jenayah tapi bukan mafia.

ADUN Kuala Sepetang Chua Yee Ling menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak polis dan menyambut baik inisiatif polis Perak yang akan membentuk kerjasama bersepadu pelbagai agensi bagi membanteras jenayah.

Pihak polis negeri Perak telah memberikan respon yang cepat dan konsisten dalam isu ini.

Sebelum ini, Datuk A Paramasivam juga telah menyatakan bahawa tiada mafia seperti yang didakwakan oleh Utusan Malaysia dengan mengemukakan statistik jenayah.

Dan kali ini beliau dan rombongannya telah menjalankan operasi dan pemantauan yang terperinci.“

"Saya berpandangan bahawa inisiatif ini adalah positif dan bertujuan menjadikan Kuala sepetang satu destinasi eko-pelancongan yang lebih selamat untuk semua.

"Saya ingin tegaskan sekali lagi dan berharap sesiapa pihak jangan sesekali sabotaj industri eko-pelancongan di Kuala Sepetang dengan berita yang sensasional dan laporan yang tidak bertanggungjawab.”

Seperti yang telah disiasat, Kuala Sepetang telah dibuktikan tidak wujudnya Mafia seperti yang didakwa. Akan tetapi, tidak dapat dinafikan dengan adanya jenayah seperti menagih dadah, curi dan samun.  

"Pusat khidmat saya bersedia membantu menganjurkan sesi dialog penduduk-penduduk dengan polis supaya boleh sentiasa mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan Kuala Sepetang.”


CHUA YEE LING ADUN Kuala Sepetang.

Lihat Komen
ADS