Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Akademi Kepimpinan Remaja (AKR) melahirkan rasa sedih dan terkilan dengan isu buli di asrama yang tersebar melalui internet beberapa hari ini.

Nilai akhlak sebagai Muslim dan jati diri rakyat Malaysia yang terkenal dengan lemah lembut dan ramah, makin menghilang.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud: Seorang Muslim itu adalah sesiapa yang Muslim lain selamat dari kejahatan lidah dan tangannya.

Penghormatan antara yang kecil kepada yang besar, yang muda kepada yang tua dan sifat penyayang antara yang besar kepada yang kecil dan yang tua kepada yang muda juga makin terhakis.

Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang tidak mengasihi kepada yang kecil (lebih muda) dan tidak menghormati kepada yang besar (lebih tua), maka dia bukan di kalangan kami.  

Justeru itu, AKR menyeru semua pihak baik kerajaan, pentadbiran sekolah dan guru-guru, organisasi masyarakat, ibu bapa dan pelajar agar berperanan secara lebih proaktif bagi mengenal pasti punca dan penyelesaian terbaik bagi menghadapi krisis akhlak ini.

Bagi AKR, kami berusaha membantu semaksima mungkin melalui kekuatan yang ada dalam menggerakkan pelbagai aktiviti dan program ke arah membangunkan pelajar atau remaja yang bermanfaat untuk kebaikan negara ini termasuk aksi-aksi lasak yang diminati remaja.


MOHD FADHLULLAH ISMAIL Pengarah Akademi Kepimpinan Remaja (AKR) Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Lihat Komen
ADS