Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers

Saya bersetuju dengan saranan Kelantan71 supaya tidak membenarkan yang bukan Islam menjadi ahli PAS. Ini adalah kerana mereka yang bukan Islam yang menyokong parti politik itu, mempunyai sifat salah satu antara tiga sifat berikut: (i) hipokrit (ii) perkauman (iii) kurang cerdik. Alasan saya adalah kerana:

i) Hipokrit - sekiranya mereka yang bukan Islam benar-benar yakin akan kebenaran undang-undang dan cara hidup yang disyorkan dan diamal oleh PAS, mengapa mereka tidak memeluk sahaja agama Islam versi PAS itu?

ii) Perkauman - PAS kononnya berjanji bahawa yang bukan Islam akan dikecualikan dari hukum hudud yang akan dibawa parti itu. Oleh itu, bukan Islam terasa lega.

Namun, tidakkah mereka mengambil peduli akan nasib rakyat Malaysia Melayu/Islam yang akan menjadi mangsa kezaliman PAS nanti? Mereka nampaknya hanya mementingkan kaum sendiri.

iii) Kurang cerdik - Tidakkah mereka tahu bahawa hukum hudud untuk kes jenayah adalah untuk semua rakyat, tidak kira bangsa, agama, dan kerakyatan? Bukan Islam mudah terpedaya dengan janji parti itu bahawa hudud adalah hanya untuk rakyat Malaysia yang beragama Islam. Setelah berkuasa, penyokong fanatik PAS akan mendesak supaya dasar baru digubal.

Ya, sememangnya saya setuju dengan pendapat Kelantan71dalam hal kemasukan bukan Islam kedalam PAS. Walau bagaimana pun, saya tidak bersetuju dengan beliau apabila menyatakan bahawa gandingan dua tuan guru sekarang adalah gandingan terbaik yang pernah dilahirkan dan dimiliki PAS.

Saya berpendapat bahawa gandingan terbaik parti politik itu adalah gandingan zaman emas 1999 Tuan Guru Datuk Nik Aziz dan Almarhum Datuk Fadzil Noor. Kesederhanaan Datuk Fadhil telah memikat hati rakyat berbilang kaum dan agama.

Malangnya, pengganti Almarhum bukan sahaja menakutkan yang bukan Islam, malah orang Melayu Islam pun menjauhkan diri dari parti itu.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS