• Khairy ke ketua dan seterusnya...
  • Khairul Ummah
  • 1087797535
  • Seperti kata Datuk Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Pemuda sekarang, Datuk Hishamuddin Tun Hussein mahu terus mengekalkan kuasa kerana belum melihat bakal pengganti yang layak memegang jawatan itu.

    Dalam masa sama, Zahid yang juga timbalan menteri pelancongan turut bersetuju supaya menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dilantik menjadi orang nombor dua Pemuda Umno Malaysia.

    Rakan dan sahabat Khairy memang tahu cita-cita besar Khairy iaitu untuk menduduki jawatan ketua Pemuda, sebaik sahaja Hishammuddin melepaskan jawatannya kerana Hishammuddin akan hanya menjadi anak patung mainan Khairy semata-mata.

    Pernah juga sahabat-sahabat yang rapat dengan Khairy dalam Pemuda menyatakan anak muda berusia 28 tahun yang paling berkuasa sekarang itu, mahu memegang jawatan yang lebih tinggi dalam hiraki politik Umno.

    Jika Pak Lah mahu melihat Khairy sebagai penggantinya, maka beliau hanya perlu berdiam diri kerana kebanyakan pemimpin Umno akan menjadi kaki angguk kepada kuasa Khairy.

    Orang Najib nampaknya membiarkan perkara ini berlaku supaya Pak Lah tidak bertahan lama, malah orang Najib akan terus memberi sokongan kepada Khairy.

    • Khazanah COO must have integrity
    • Khairy gets too much credit
    • Remember Anwar, Khairy
    • Clean up EPF investment dealings
    • Khairy: Jangan bertanding naib ketua Pemuda
    • Nepotism at Khazanah
    • See things from Khairy's viewpoint
    • Jangan bebankan Pak Lah, Khairy
    • Women�s groups support for Khairy real?
    • Let Khairy start at mid-level