Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat
Pemuda PAS raikan cinta pengantin muda
Diterbitkan:  Dec 7, 2014 3:31 PM
Dikemaskini: 7:32 AM

Pemuda PAS melalui Jabatan Amal Negeri Sembilan dan Pemuda PAS Rembau telah menjayakan sebuah program "Baitul Muslim Amal" peringkat Negeri Sembilan semalam.

Program ini bertujuan untuk memudahkan pasangan baru yang ingin melangsung perkahwinan mereka.

Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Norazman Mohammad dalam ucapannya semalam mengatakan program berbentuk kenduri perkahwinan ini akan cuba dilakukan setiap tahun agar menggalakkan anak muda dapat berkahwin awal.

Selain itu program ini juga merupakan inisiatif menutup pintu- pintu penzinaan dan hedonisme remaja zaman kini.

Manakala Pengarah Jabatan Amal Negeri Sembilan selaku Pengarah Program, Izamri Med berkata tujuan program ini diadakan adalah untuk mempamerkan kepada masyarakat awam, bahawa perkahwinan adalah memudahkan bukan menyulitkan.

Kita juga sedia maklum sesebuah perkahwinan itu memerlukan kos yang tinggi untuk dilaksanakan, jadi inilah kebajikan yang cuba dilaksanakan oleh Jabatan Amal.

Program berjalan dengan meriah dengan kehadiran sanak saudara serta tetamu dianggarkan seramai 4,000 ribu orang.

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. Dua pasangan pengantin diraikan dalam suasana santai.


SAIFUL RIDZUAN Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri Sembilan.

Lihat Komen
ADS