Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kerajaan Selangor telah berkerjasama dengan Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat kutipan derma kilat daripada masjid di seluruh negeri untuk disumbangkan kepada mangsa banjir di pantai timur.

Kutipan pertama telah dibuat pada Jumaat, 26 Disember 2014 manakala kutipan kedua pula pada Jumaat, 02 Januari 2015.

Jumlah keseluruhan kutipan yang berjaya dikutip setakat hari ini - 06 Januari 2015 - adalah berjumlah RM294,000.

Sejumlah RM95,000 daripada jumlah tersebut telah digunakan untuk membeli pelbagai barangan seperti water jet, generator, dapur gas, barangan makanan, peralatan, kelengkapan pembersihan logistik pengangkutan dan peralatan ibadah.

Baki kutipan akan diserahkan kepada mangsa banjir melalui exco agama Kelantan.

Konvoi bantuan Mangsa Banjir ke Pantai Timur pada malam ini melibatkan seramai 120 orang sukarelawan yang melibatkan pegawai kanan daripada JAIS bersama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Selangor serta Briged Amal Selangor.

Kenderaan yang mengiringi bantuan ini adalah tiga buah bas, tiga buah lori dan sebuah van. Mereka akan berlepas ke Kelantan dalam misi untuk menyampaikan bantuan serta misi pembersihan pasca banjir.

Antara lokasi bantuan banjir adalah Kampung Laut Pasir Pekan, Tumpat, Tanah Merah dan Kuala Krai, Kelantan.

Saya bagi pihak kerajaan Selangor amat berterima kasih kepada seluruh rakyat Negeri Selangor yang prihatin dan yang telah memberikan sumbangan ikhlas kepada mangsa-mangsa banjir.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengajak seluruh rakyat Selangor untuk terus mengadakan solat hajat di masjid dan surau seluruh Selangor bagi memohon kepada Allah agar musibah banjir ini dapat dipulihkan.

Serta memohon agar diberikan perlindungan dan keselamatan kepada mangsa-mangsa banjir serta dipermudahkan segala urusan harian mereka.


DATUK DR AHMAD YUNUS HAIRI Exco Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu & Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi Negeri Selangor.

Lihat Komen
ADS