Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan tahniah kepada skuad sepak takraw negara bimbingan jurulatih Abdul Latip Ahmad kerana telah berjaya muncul juara sepak takraw Super Siries ISTAF kelmarin.

MITC Melaka telah menjadi saksi skuad negara membenam musuh tradisi iaitu Thailand 21-7, 21-19 sekaligus menamatkan igauan ngeri Malaysia selama 10 tahun untuk menewaskan Thailand.

Gandingan mantap kapten Farhan Adam, killer Hanafiah Dollah dan tekong Syahir Rosdi benar-benar menatijahkan hasil yang membanggakan apabila berjaya melonjakkan kembali  nama negara dalam arena sepak takraw ini.

Meskipun Hanafiah telah digantikan dengan Khoirol Zaman setelah menang set pertama, ia tidak mematikan momentum bahkan berjaya menang bagi set kedua sekaligus menjuarai kejohanan ini.

Servis-servis yang padu dengan kelajuan hampir 75km/h benar-benar menggoyahkan pemain Thailand.

Meskipun sepak takraw negara dihimpit dengan pelbagai isu dalaman, namun ia tidak mematahkan semangat skuad pasukan negara dalam menjulang nama negara seharumnya.

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan sekali lagi mengucapkan tahniah kepada skuad sepak takraw Malaysia.

Saya berharap kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan-kejayaan seterusnya dalam usaha mengembalikan maruah sepak takraw negara. Kegerunan negara lain terhadap skuad sepak takraw Malaysia haruslah dikembalikan!

Ayuh, bangkitlah sepak takraw Malaysia!


KHIRIL NIZAM KHIRUDDIN Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Lihat Komen
ADS