Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Lokman Adam

Kebelakangan ini hangat cerita tentang Datin Seri Rosmah (DSR) kononnya membayar RM1,200 semata-mata untuk mewarnakan rambutnya. Bila saya singkap setiap artikel yang ditulis di Internet, semuanya merujuk kepada tulisan portal Malaysiakini .

Walaupun saya yakin ia sememangnya satu fitnah, namun saya gagahi diri saya untuk mendengar rakaman audio kenyataan DSR itu yang turut dimuat naik di Malaysiakini.

Selepas meneliti ucapan DS Rosmah itu, sememangnya terang lagi bersuluh bahawa Malaysiakini memang mempunyai agenda jahat untuk merosakkan imej DSR.

Datin Seri dalam audio tersebut telah menceritakan bahawa usaha memantau peniaga yang buat perniagaan rumah ke rumah juga adalah penting.

Ini adalah disebabkan ada peniaga yang mengenakan bayaran hingga lima kali ganda.

Beliau hanya memberi contoh, misalnya bila beliau bertanya berapa kos untuk mewarna rambut, peniaga terbabit hendak mengenakan bayaran sehingga RM1,200 hanya untuk mewarna rambut.

"Kalau saya nak cat rambut dekat rumah, dia caj RM1200... amboi mahalnya. Kalau dekat kedai different charge , ni home service. "

1. "Kalau saya nak cat" bermakna DSR baru tanya harga. Dan harga itu adalah mahal bagi beliau. Biasanya kalau dah mahal, kita tentulah tak jadi ambil service tersebut. Kalau DSR betul-betul belanjakan RM1,200 untuk cat rambut, sudah tentu dia akan sebut "Saya cat rambut di rumah RM1,200 sebab home service ".

2. Kalau DSR jenis orang yang boros dan duitnya 30 bilion seperti yang selalu dituduh, tak mungkin RM1,200 pun dia akan terasa mahal.

3. Saya sangat gembira setiap kali Datin Seri Rosmah dijadikan sasaran pembangkang dan Malaysiakini . Sebab apa? Sebab ini membuktikan kita ada seorang perdana menteri yang bersih sehingga mereka gagal mencari isu terhadap diri beliau.

4. Apa yang dialami oleh DSR ini pernah dialami oleh Khairy Jamaluddin. Beliau menjadi mangsa semata-mata bila pembangkang gagal mencari kelemahan Pak Lah yang dikenali sebagai “Mr Clean”.

Ingat lagikah kita dengan fitnah yang mengatakan anak DSR Rosmah berbelanja sehingga RM200,000 semasa mengikut lawatan kerja PM dan isteri ke Australia. Bila rakyat baca tweet tersebut, hancur hati mereka. Ada yang mengatakan jika anak pun berbelanja hingga RM 200,000, emaknya pula bagaimana?

Namun selepas isu tersebut disiasat, rupa-rupanya tiada seorang pun anak DSR yang menyertai rombongan tersebut. Sehingga kini, pernah kita dengar permohonan maaf? Jangan harap!

Maka janganlah kita terpengaruh dengan mainan laporan berita pembangkang. Kita harus kaji apa sebenarnya yang DSR ingin sampaikan. "Kerajaan perlu memantau golongan peniaga tamak yang membuat untung berlipat kali ganda dan mengambil kesempatan ke atas pengguna.”

Tidakkah ini apa yang kita semua mahu?

Lihat Komen
ADS