Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kini memasuki fasa terakhir.

Sesi penerangan GST sedang giat diperhebatkan di seluruh pelosok negara.

Namun begitu, berdasarkan satu kajian rambang menunjukkan kesan pelaksanaan GST ke atas pendapatan bulanan seorang rakyat antara 1.0 peratus hingga 1.2 peratus.

Ini bermakna jika pendapatan bulanan seorang rakyat ialah RM3,000.00, maka kesan GST adalah sebanyak RM30 sebulan dan RM360 setahun setiap seorang.

Oleh yang demikian, kepimpinan Wira perkasa menggesa pihak kerajaan untuk menangguhkan sahaja pelaksanaan GST sehingga satu kajian menyeluruh dilaksanakan ke atas impak sebenar perlaksanaan GST atas ekonomi seorang rakyat marhean.

Walaupun langkah penangguhan ini akan dilihat sebagai membantutkan pertumbuhan ekonomi negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Sebagai balasan ke atas hasrat kerajaan melaksanakan GST ini, kepimpinan Wira PERKASA berpendapat, antara langkah terbaik yang patut dilakukan oleh kerajaan adalah dengan memastikan apa sahaja perkhidmatan dan barangan keperluan yang mempunyai kaitan rapat dengan rakyat marhean tidak dikenakan GST atau dengan kata lain dikenakan GST berkadar sifar.

Kepimpinan Wira PERKASA mengambil contoh antara barangan keperluan dan perkhidmatan yang mempunyai hubungan langsung dengan rakyat adalah seperti penggunaan petrol (kini GST sifar), elektrik domestik (cuma 300 unit pertama GST sifar), perkhidmatan penggunaan mesin ATM, insurans kereta dam perkhidmatan pejabat pos (pembayaran bil, cukai jalan dan lain-lain).

Perkara lain termasuk yuran perkhidmatan pangsapuri, PPR (kini GST sifar–baru diumum), lampin pakai buang anak, tuala wanita, penyenggaraan motosikal, penyenggaraan kereta (basis), perkhidmatan klinik dan farmasi swasta (panel klinik) dan lain-lain. (ini cuma contoh sebahagian penggunaan barangan dan perkhidmatan yang berkaitan rapat dengan rakyat marhean).

Kepimpinan Wira PERKASA mencadangkan agar pihak kerajaan membuat kajian menyeluruh yang lebih rapi terhadap kesan langsung GST ke atas seorang rakyat marhean dan membuat pembetulan serta penambaikan berterusan demi kesejahteraan rakyat sepanjang tempoh GST.

Peningkatan kos sara hidup bagi setiap seorang rakyat terutamanya dari golongan bawahan dan pertengahan dilihat memberikan kesan dan impak negatif yang dapat menjejaskan kehidupan rakyat terutama dengan pelaksanaan GST kini.

Sebagai rakyat marhean, Kepimpinan Wira PERKASA merasakan perkara ini amatlah merungsingkan dan tidak menyenangkan.

Sungguhpun langkah pelaksanaan GST ini boleh menjana atau memajukan ekonomi Malaysia, namun, ia tidak wajar sampai ke peringkat menekan dan membebankan setiap individu rakyat!

Pada masa yang sama segala macam cukai langsung lain yang dikenakan seperti duti setem wajar dihapuskan.

Begitu juga dengan caj perkhidmatan oleh pengusaha perkhidmatan juga harus dihapuskan agar ia tidak dilihat mengenakan cukai dua kali kepada rakyat marhean dan pengguna perkhidmatan.


ZUKHAIRI MD OSMAN ketua penerangan Wira PERKASA.

Lihat Komen
ADS