Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat

Berlaku paip 600mm pecah akibat tanah runtuh.

Ia melibatkan paip yang menghubungkan loji rawatan air (LRA) Semenyih dan Bandar Puteri, Puchong (lebih kurang 8,000 akaun pengguna).

Bandar Puteri dijangka terus terputus bekalan sehingga paip disambung semula dan ia dijangka siap pada lewat malam nanti.

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) telah membekalkan air melalui lori-lori tangki.

Paip pecah juga menyebabkan tekanan air ke kolam air Sime UEP rendah dan juga mengganggu bekalan di USJ.

Bagaimanapun ia hampir pulih setelah paip pecah tadi ditutup dan air telah kembali mengisi kolam air dengan sempurna.

Pihak Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan menyiasat berkaitan tanah runtuh dan memastikan cerun yang runtuh diperbaiki.


ZAIDY ABDUL TALIB Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor.

Lihat Komen
ADS