Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) mewakili NGO kaum India menyambut baik serta merakam ucapan tahniah kepada Yang Dipertua PAS Kawasan Rompin, Ustaz Nazri Ahmad yang diumumkan sebagai calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin.
MIPAS berpendapat bahawa PAS membuat keputusan yang bijak dan tepat apabila mencalonkan Nazri Ahmad, 40, seorang ustaz muda yang kelulusan Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang Syariah Islamiah dan merupakan anak watan Rompin, iaitu anak peneroka Felda Keratong 5.
Memang tepat dengan mencalonkan Nazri Ahmad bagaikan “Pemuda Hari ini Pemimpin Masa Depan”.
MIPAS dan NGO kaum India menyokong penuh calon PAS Nazri Ahmad pada PRK P.091 Rompin.
Ini adalah kerana Parti PAS mengamalkan sikap terbuka dan tolenransi beragama terhadap penganut bukan Islam, serta berlaku adil kepada semua kaum, tepat dengan slogan nya “Islam Adil Untuk Semua” (PAS For All).
MIPAS berganding bahu bersama Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) melancarkan jentera Pilihan Raya Kecil Rompin dengan turun padang menemui masyarakat India untuk menyelesaikan segala isu-isu yang mereka hadapi dan cuba mencari jalan penyelesaian terbaik mungkin.
Walaupun jumlah masyarakat India kecil dan pengundi India hanya 621 maka keutamaan tetap di ambil kira.
MIPAS bersama DHPP akan meminta Jentera Pilihan Raya Kecil PAS Rompin untuk berusaha meraih sokongan pengundi khususnya masyarakat India dan berusaha keras bagi memastikan kemenangan calon PAS serta undi kaum India dapat ditingkatkan.