Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sekali lagi kita didatangi badut sarkas dibintangi menteri Umno dan pemimpin pemimpin yang hanya pandai berjenaka lucah.

Adakah pengundi Permatang Pauh mahukan wakil yang hanya boleh berfikiran "kotor" sepanjang masa dan membawa fikiran budaya kuning selepas dilemparkan dengan kata-kata yang tidak senonoh?

Kami menjangkakan sedikit profesionalisme daripada pemimpin yang telah berkuasa selama lebih setengah abad.

Sebagai contoh Dato Seri Wan Azizah, seorang wanita yang dihormati dan sangat berbeza sekali perwatakannya dengan pemimpin Umno yang hanya tahu bagaimana untuk membuat jenaka murahan merujuk kepada isu "err... errr" yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang wanita.

Pemimpin Umnno terutamanya Shahrizat dan Zahid kelihatan sangat terencat akal yang membuatkan mereka ditertawakan dengan kenyataan demi kenyataan tidak bijak mereka.

Dengan tertonjolnya kasih sayang dan kekaguman Shahrizat kepada Zahid menimbulkan rasa jijik jika mereka mempunyai perasaan antara satu sama lain yang sepatutnya tidak perlu dizahirkan.

Orang ramai tidak mahu tahu bagaimana Shahrizat tahu sejauh mana keras atau lembutnya Zahid.

Jika Sharizat sebegitu hebat dan sempurna pertuturannya, kenapa tidak dipilih untuk menjadi calon di Permatang Pauh dan bukannya Suhaimi?

Dengan hampir 52 peratus pengundi di Permatang Pauh adalah wanita, Umno sepatutnya meletakkan seorang wanita dan siapa lagi yang lebih layak tidak lain tidak bukan Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil?

Malaysia tidak seharusnya terpedaya dengan tingkah laku Umno yang sudah lapuk dek hujan dan terus memberi sokongan kepada calon PKR, Kak Wan.


ZURAIDA KAMARUDDIN anggota Parlimen Ampang dan ketua Wanita PKR.

Lihat Komen
ADS