Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Jabatan Amal Bintulu dengan kerjasama Pemuda PAS Bintulu meneruskan tradisi ziarah agensi kerajaan sempena Cuti Hari Pekerja 1 Mei 2015 baru-baru ini.

 

Jabatan Amal menjalankan ziarah ini bagi menghargai jasa para kakitangan jabatan jabatan yang tetap menjalankan tugas di saat kakitangan lain sedang bercuti.

Jabatan ini merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil agensi yang sanggup menerima kehadiran Jabatan Amal Bintulu.

 

Pemuda PAS Bintulu pula menggesa agar pihak kerajaan meningkatkan kebajikan kakitangan agensi ini sebagai salah satu anugerah dari pihak kerajaan.

Pemuda PAS Bintulu menyatakan bahawa PAS akan terus berusaha melaksanakan tugas kebajikan serta menjalinkan hubungan mesra dengan semua agensi kerajaan.

 

Walaupun sumbangan yang diberi tidaklah seberapa namun ianya simbolik kepada tanda ingatan dan persahabatan antara parti politik dengan agensi kerajaan yang telah menjalankan tugas seperti yang diamanahkan oleh rakyat.  

Kita berharap mereka dapat menjalankan tugas dengan amanah dan adil tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

 


MOHD AZWANI ABDUL RANI YDP PAS Bintulu

Lihat Komen
ADS