Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pada hari Sabtu, tiga buah rumah musnah sama sekali di Kampung Subak, Bekenu.

Kejadian berlaku pada kira-kira jam 7 petang semasa ramai ahli keluarga berada di rumah. Ia disyaki berpunca dari litar pintas elektrik.

 

Api merebak dengan amat cepat menyebabkan penghuni tidak sempat menyelamatkan dokumen penting serta barang keperluan mereka.

Semuanya musnah sama sekali termasuk pakaian dan juga buku sekolah anak-anak mereka.

 

Memandangkan tiada balai Bomba di Bekenu maka mereka membuat panggilan kecemasan ke balai Bomba Miri.

Pasukan dari bahagian Miri itu sampai kurang sejam ke tempat kejadian. Namun, pada waktu itu tiada lagi barang yang boleh diselamatkan.

 

Tiga keluarga yang kehilangan tempat tinggal itu memohon bantuan agar rumah mereka dapat dibina semula dengan segera.

Sekarang mereka hanya menumpang di rumah keluarga dan saudara mara mereka yang berdekatan.

 

PAS Miri sempat melawat mangsa di tempat kejadian dan menyumbangkan sedikit bantuan kepada mangsa untuk meringankan sedikit bebanan yang mereka tanggung.

Kami amat simpati kepada keluarga mangsa terutama anak mereka yang masih bersekolah kerana semua alat keperluan sekolah mereka musnah sama sekali.

 

Kita menggesa agar pihak kebajikan serta agensi kerajaan dapat membina semula rumah mereka yang musnah tersebut dengan segera kerana musim perayaan sudah hampir tiba.

Buku serta pakaian sekolah juga perlu diganti dengan yang baru.

 

Sudah banyak kemusnahan seperti ini berlaku akibat tiada kemudahan balai Bomba di Bekenu. Maka, kami menggesa agar kerajaan dapat membina sebuah balai Bomba di kawasan ini.

Gesaan seperti ini sudah lama dilontarkan tetapi sehingga kini belum lagi dipenuhi.

 

Kalau hanya berharapkan pihak Bomba dari Miri datang membantu mungkin ianya sudah agak lewat kerana perjalanan mengambil masa yang lama untuk sampai ke tempat kejadian.

Jikapun tiada balai bomba, sekurang-kurangnya pihak kerajaan dapat memasang pili bomba berdekatan dengan kawasan kampung untuk memudahkan orang ramai datang membantu ketika berlaku kebakaran.

 

Kami berharap masalah ketiadaan balai dan pili bomba di Bekenu boleh ditangani dengan segera.

Kerjasama serta perhatian pihak kerajaan untuk mengatasi masalah ini amat dihargai.


JOFRI JARAIEE timbalan pesuruhjaya III PAS Sarawak.

Lihat Komen
ADS