Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem perlu memandang berat isu wang Tabung Haji (TH) yang didakwa digunakan untuk menyelamatkan dana berdaulat 1Malaysia Development Bhd.

Adenan perlu menyedari bahawa sebahagian wang yang digunakan untuk membeli tanah yang dijual oleh 1MDB adalah sebahagian daripada wang simpanan umat Islam di negeri ini

Adenan perlu membuktikan janjinya untuk menjaga hak dan keselamatan harta dan jiwa seperti yang dinyatakan pertemuan dengan PAS Sarawak padabulan lepa.

Adenan perlu segera ke Kuala Lumpur bagi mendapat penjelasan terus daripada Lembaga Tabung Haji tentang kedudukan wang kami umat Islam Sarawak yang telah menyimpan sekian lama di TH.

Jika benar wang kami digunakan, urusakanlah agar wang kami umat Islam Sarawak tidak digunakan dalam penyelewengan jijik BN itu.

Adenan terkenal dengan sikap tegas dan berani berdepan, jika beliau sanggup ke London bertemu dengan NGO Alam Sekitar di sana dan berdialog, apalah sangat untuk berjumpa rakan sekutunya Dato Seri Najib Razak di Kuala Lumpur?

Umat Islam Sarawak perlu pembelaan dan kita dari kalangan pemimpin Islam negeri inilah bertanggungjawab untuk membantu mereka jika dizalimi.

Ingatlah Adenan, umat Islam Sarawak sedang menunggu jawapan anda untuk penyelesaian isu ini.

Saya mengharap, keberanian Adenan terbukti dengan mempertahankan wang hasil titik peluh umat Islam Sarawak yang berniat untuk menunaikan rukun Islam ke lima ini dari diseleweng oleh BN melalui 1MDB.

Usaha ini juga akhirnya akan menjadi contoh kepada ketua menteri atau menteri besar lain untuk bersungguh-sungguh membela nasib rakyat negerinya.


ZHARUDIN NARUDIN timbalan ketua Pemuda PAS Sarawak.

Lihat Komen
ADS