Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur mengucapkan jutaan tahniah kepada semua calon yang menyatakan kesediaan untuk bertanding dalam pemilihan parti bagi sesi 2015-2017 pada Muktamar Pemuda PAS Malaysia nanti.

Kesemua calon ini dilihat mempunyai kekuatan, kemampuan dan kelebihan tersendiri dalam mengemudi saf pimpinan untuk sesi yang akan datang.

Kami di peringkat Pemuda PAS Kawasan mahu melihat gagasan masing-masing khususnya calon di peringkat tiga jawatan tertinggi iaitu Ketua, Timbalan dan Naib dalam membawa aspirasi anak muda Malaysia.

Akar umbi mahu melihat kemampuan pimpinan yang bakal dipilih dengan menilai kepada visi dan misi mereka untuk membawa PAS ke kedudukan paling di hadapan menerusi medium siasah.

Oleh yang demikian, Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur bersedia untuk membuka pentas dialog dua hala dengan menampilkan calon-calon terutama di jawatan ketua iaitu penyandang, saudara Suhaizan Kayat dan ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Dialog bukanlah satu platfrom untuk kita mencetuskan pergaduhan sebaliknya berhadapan untuk kita menyatakan pandangan serta pendapat masing-masing, ia adalah lebih baik daripada kita berkonfrantasi negatif melalui media.

Di dalam Islam sendiri mendokong aspirasi dialog, al-Quran telah banyak menampilkan peristiwa berdialog para rasul dengan kaum dan masyarakat mereka pada zaman itu.

Segunung pengharapan kami letakkan kepada calon untuk menzahirkan sifat jiwa besar mereka dengan menyatakan persetujuan secepat mungkin, diharap Pemuda PAS di seluruh negeri dapat hadir untuk kita menilainya.

Kami yakin Pemuda PAS khususnya calon yang menawarkan khidmatnya telah sampai tahap kematangan untuk berseteru di atas satu pentas.


SHAMSUL EFFENDEY ABD RAHIM ketua penerangan Dewan Pemuda PAS kawasan Ipoh Timur.

Lihat Komen
ADS