Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dalam jawapan yang diberikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kesimpulannya ialah kerajaan sedang dalam proses memperolehi peralatan tentera dan ianya mengambil masa. Kita juga mengetahui bahawa RM600 juta telah pun diperuntukkan demi meningkatkan keselamatan di Sabah.

Jawapan ini saya kira tidak munasabah.

Jenayah penculikan yang berlaku baru-baru ini tidak melibatkan aset peperangan yang canggih. Bukan melibatkan kapal perang, bukan kapal selam, tiada artileri antipesawat tetapi hanya bot sampan.

Jadi mengapakah aset yang sedia ada ataupun telah pun diperolehi baru-baru ini, gagal menghalang serangan berteknologi rendah ini daripada berlaku?

Walhal, kawasan Sabah juga dalam status berwaspada terhadap serangan pengganas?

Di mana dron canggih?

Daripada jawapan yang diberikan oleh Kementerian Pertahanan sebelum ini, nampaknya operasi dron telahpun wujud di Sabah sejak sekian lama.

Di mana dana berjumlah sekurang-kurangnya RM10 juta yang telah pun diberikan kepada syarikat CTRM untuk memperolehi dan membangunkan sistem dron ini?

Sistem dron ini didakwa mempunyai system pengawasan yang canggih.

Kenapakah dron tersebut gagal menghalang beberapa kes yang telah pun berlaku jika ada sistem pengawasan yang canggih?

 Di mana dron Scan Eagle yang telahpun diperolehi dengan harga jutaan ringgit?

Kenapakah ia tidak berkesan dalam misi menghalang kejadian serperti ini mahupun kes-kes sebelumnya daripada berlaku? Setahu kita Scan Eagle ini mempunyai kemampuan yang tinggi, yang berkepuyaan untuk kekal di udara selama beberapa jam.

Jika musuh lebih canggih?

MP BN daripada Sabah juga tertanya di mana dron yang sepatutnya aktif beroperasi dan sepatutnya tiada masalah dalam mengatasi serangan musuh yang berteknologi rendah.

Adakah kemampuan menjaga sempadan negara kita berada dalam keadaan yang membimbangkan?

Dengan apa yang telah berlaku di Sabah selama ini, saya bimbang dengan keupayaan negara kita untuk menjaga sempadan. Musuh negara bukan saja berjaya menceroboh sempadan kita dan menjalankan kegiatan keganasan, bahkan ia hanya dilakukan dengan mengunakan aset yang berteknologi rendah.

Jika hanya dengan kelengkapan aset berteknologi rendah mereka boleh berjaya merentasi sempadan dan melakukan misi keganasan, apakah yang akan terjadi sekiranya datangnya musuh kita yang berkelengkapan lengkap serta berteknologi tinggi? Ini suatu pekara kritikal yang perlu kita atasi dengan segera

Kita tidak halang sama sekali usaha-usaha untuk memperolehi peralatan yang canggih demi menjaga kedaulatan tanah Malaysia. Apa yang tidak munasabah ialah apabila kita gagal mengunakan peralatan ini dengan secara berkesan. Adakah ratusan juta ini digunakan dengan sebaiknya dalam memperolehi peralatan tersubut dengan harga yang berpatutan serta sememangnya diperlukan?


JULIAN TAN KOK PING ahli parlimen Stampin.

Lihat Komen
ADS