Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Saya merasa kesal kerana Loji Insinerator Pulau Tioman bukan sahaja lambat disiapkan dengan kelewatan melebihi 1,000 hari, tetapi sehingga hari ini ianya masih belum dapat digunakan.

 

Merujuk kepada jawapan bertulis Sidang DUN Pahang, Insinerator Pulau Tioman yang dibina dengan kos RM22.8 juta telah mengalami kelewatan sebanyak empat kali dalam tempoh lebih 1000 hari.

Jelas bahawa kontraktor tersebut telah gagal menyiapkan kerja seperti yang ditetapkan dan harus disenaraihitamkan.

Mengapakah kontraktor yang sama, iaitu Sumur Mutiara Sdn Bhd  masih dilantik sebagai operator oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) untuk menguruskan Loji Insinerator Pulau Tioman?

 

Gabungan Anti Insinerator Kebangsaan (GAIK) telah membuat lawatan ke Loji Insinerator Pulau Pangkor pada 13 Mei 2015 dan mendapati terdapat banyak kelemahan dalam operasinya:

  • Sampah dan bottom ash terbakar di tapak pelupusan sejak Jan 2015, tetapi tidak ada sebarang usaha diambil untuk menanganinya.

 

  • Sistem pemantauan pencemaran CEMS (Continuous Emission Monitoring System) dalam loji incinerator tidak berfungsi dan masalah tersebut hanya dikesan semasa lawatan GAIK
  •  

  • Tiada pemantauan pelepasan merkuri secara “real time” dan tiada sebarang makmal diwujudkan di situ
  •  

  • Pemantauan dioxin hanya dijalankan sekali setahun, dan pihak XCNT tidak dapat membekalkan bacaan pelepasan dioxin, merkuri, furan pada 2014, dan hanya bacaan 2013 dibekalkan.  
  •  

  • Terdapati kebocoran di rotary kin. Kami dimaklumkan bahawa loji insinerator akan menghasilkan sisa-sisa yang membahayakan kesihatan. Antaranya, dioxin yang akan membawa kesan kepada pembiakan dan pertumbuhan, merosakkan sistem imuniti, mengganggu hormon dan mengakibatkan kanser.
  •  

  • Adakah wajar jika pihak kerajaan membiarkan Loji Insinerator Pulau Tioman ini dikendalikan oleh sebuah syarikat yang mempunyai rekod buruk?
  •  

  •  Adakah operator baru ini betul-betul dapat menjalankan tugas dengan baik sedangkan rekod pembinaan loji tersebut mencalar?
  •  

  • Bilakah loji ini akan mula berjalan dan apakah terma/syarat pengoperasiannya?
  • Kami menunggu jawapan daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


    LEE CHEAN CHUNG ADUN Semambu dan ketua biro alam sekitar PKR.

    Lihat Komen
    ADS