Most Read
Most Commented
Read more like this

Tahniah kepada malaysiakini kerana menjadi lamanweb pilihan ramai dari kalangan mereka yang mahu memperoleh maklumat yang boleh diyakini dan dipercayai, serta terkini. Kehadiran dan pembebasan Anwar Ibrahim telah menyebabkan suasana politik tanahair rancak kembali.

Di mana-mana kita pergi, kita akan dengar ada sahaja orang yang membincangkannya. Ramai juga yang terkejut, termasuk mantan perdana menteri sendiri. Beliau wajar terkejut kerana ia akan meruntuhkan seluruh kredibiliti beliau sebagai perdana menteri.

Ramai di kalangan ahli Umno sedang membuat perkiraan mereka tersendiri. Anwar perlu menyatukan semua parti pembangkang di Malaysia, dan seterusnya mewujudkan Barisan Alternatif (BA) yang berdaftar sebagai sebuah parti.

Sistem dua parti dalam negara kelihatan semakin relevan. Apakah Barisan Nasional (BN) sahaja yang mampu mmerintah negara?

Kelemahan parti pembangkang sekarang adalah kerana tidak bersatu dalam banyak perkara. Rintangan tersebut perlu dihapuskan. Inilah isu yang wajar mereka tangani bersama.

ADS