Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Saya ingin mengucapkan setinggi ucapan tahniah kepada pihak Imergresen yang berjaya menahan aktivis muda Hong Kong, Joshua Wong di Lapangan terbang Bayan Lepas semalam.

Joshua Wong merupakan aktivis muda yang mencetuskan gerakan revolusi payung di Hong Kong pada tahun 2014. Gerakan revolusi ini melumpuhkan Hong Kong selama beberapa bulan.

Dia disenaraikan sebagai salah seorang diantara '50th World Influentanial Leader' oleh sebuah portal luar negara. Apabila gerakan tersebut berjaya melumpuhkan Hong Kong, ada di antara pihak yang tidak bertanggungjawab menjemput Joshua untuk menghadiri sesi bersarapan bersama demonstran muda di Malaysia pada 30 Mei 2015.

Apakah keperluan untuk mereka jemput dia ke Malaysia? Adakah mereka ingin merancang gerakan revolusi payung pula di Malaysia?

Itu antara sebab saya menyokong tindakan imigresen yang menyuruh Joshua pulang semula dan tidak menjejakkan kaki di Malaysia. Kita tidak mahu kejadian seperti di Hong Kong berlaku di Malaysia.

Siapa dalang yang bertanggungjawab membawa dia masuk ke Malaysia? Usaha mereka adalah untuk merosak dan menanamkan ideologi yang bertentangan dengan pentadbiran dan perlembagaan Malaysia.

Kesan penularan ideologi seperti ini akan menyebabkan anak muda mudah memberontak dan ingin menjatuhkan kerajaan dengan gerakan revolusi.

Saya ingin bertanya selepas apa yang terjadi di Hong Kong, apa kesan positif yang rakyat Hong Kong terima? Jadi adakah rakyat Malaysia mahukan gerakan seperti ini yang menjadi penentu masa depan pentadbiran negara?

Kita ada perlembagaan dan institusi raja yang harus kita pertahankan. Tak kira apa jua keadaan berlaku, kita harus pertahankan. Bukan mengangkat gerakan revolusi seperti ini yang akan menguntungkan pihak yang tidak bertanggungjawab dan akhirnya merugikan rakyat Malaysia.

Kami Wira Perkasa Malysia ingin menegaskan bahawa kami tetap akan pertahankan kedaulatan undang-undang mengikut perlembagaan.

Kami ingin memberi peringatan kepada mana-mana individu yang ingin mencetuskan perkara yang boleh merosakkan dan menjatuhkan negara supaya jangan cuba bermain dengan api kelak membakar diri sendiri.

Kami akan terus berdiri dan petahankan kedaulatan perlembagaan demi negara tercinta. Tahniah imigresen dan KDN.


IRWAN FAHMI IDERIS ketua Wira PERKASA Malaysia.

Lihat Komen
ADS