Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Malaysia terkejut dengan penemuan lebih seratus kubur warga asing di Bukit Wang Burma yang didedahkan baru-baru ini oleh media.

Ini salah satu bukti bahawa kedaulatan negara tergugat berikutan sempadan kita senang dibolosi dan begitu mudah berlaku penyeludupan dan perdagangan manusia dan ini amat mencemaskan.

Ini turut memberikan gambaran bahawa kedudukan sempadan Malaysia adalah negara yang paling mudah untuk dicerobohi.

 

Kerajaan Malaysia dan pasukan keselamatan yang menjaga semua sempadan kita perlu peka dengan cabaran yang ada dan memerlukan satu teknologi terkini sebagai peralatan sokongan bagi tujuan pemantauan.

Kita perlu belajar daripada negara maju yang sanggup melabur satu peruntukan besar bagi memastikan kedaulatan negara mereka terjamin dan selamat.

Bagi Malaysia, cabaran kita yang mempunyai banyak sempadan dengan negara-negara jiran terutamanya lautan sebagai pemisah memerlukan jentera yang mampu dan berupaya bertindak balas dengan segera.

Apa guna setiap tahun kita menganjurkan Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition (LIMA) yang mempamerkan peralatan canggih ketenteraan daripada seluruh dunia.

Saban tahun juga, kita akan menandatangani perjanjian usaha sama dengan syarikat ini.

 

Kami merasakan, Malaysia perlu berani melabur dan belajar dengan teknologi-teknologi terkini sebagai satu keperluan oleh pasukan keselamatan negara kita.

Pastikan jentera yang dibeli mampu dan ianya penting kepada pasukan keselamatan kita untuk menjalankan operasi kawalan keselamatan sempadan kita.

Isu pemerdagangan manusia akan berterusan jika pihak kerajaan mengambil sikap tunggu dan lihat semata-mata tanpa mengambil tindakan yang sewajarnya.

Pembentukan pasukan khas ataupun menjadikan kedudukan kawasan tertentu sebagai kawasan khas keselamatan, hanya bersifat sementara jika keupayaan kita dengan jentera yang ada tidak mampu bertindak sepantasnya.

 


RAJA AHMAD ISKANDAR pengerusi lajnah antarabangsa Pemuda PAS.

Lihat Komen
ADS