Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Sebagai seorang rakyat negeri Selangor yang tinggal di Kajang, gangguan bekalan air sudah menjadi satu perkara biasa dalam kehidupan seharian saya.

Dalam sebulan ada sahaja sehari atau dua hari tiada bekalan air. Lagi-lagi pada musim panas.

Keadaan ini menyebabkan saya menadah bekalan air setiap hari sebagai langkah jaga-jaga.

Semalam, kawan dalam kumpulan WhatsApp majukan satu video tentang mySYABAS.

Saya terus muat turut aplikasi tersebut dari Google PlayStore.

Setelah saya membukanya tersebut terdapat pelbagai fungsi seperti gangguan bekalan air mengikut  daerah dan kawasan-kawasan terlibat.

Selain daripada itu, anggaran jangka masa gangguan bekalan air tersebut siap juga dipaparkan dalam aplikasi tersebut.

Saya amat berterima kasih kepada pihak SYABAS kerana telah melancarkan satu aplikasi yang cukup mesra pelanggan ini.

Selepas ini jikalau berlaku gangguan bekalan air di kawasan saya, saya boleh terus mengetahui lebih lanjut mengenainya melalui mySYABAS sahaja.


SURI RUMAH TANGGA DARI KAJANG

Lihat Komen
ADS