Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur menggesa Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz merafak sembah memohon kemaafan kepada Tengku Mahkota Johor Brigadier General Tunku Ismail Sultan Ibrahim berikutan kenyataannya yang tidak wajar.

Ianya di dalam masa yang sama memberikan imej buruk atas nama Perak sedangkan kita juga di sini menjunjung kasih institusi diraja terutamanya selepas selesainya pertabalan Seri Paduka Sultan Perak baru-baru ini.

 

Kami mendesak agar badan pengerusi Umno Perak dan Datuk Zambry Abd Kadir memberikan nasihat kepada Datuk Seri Nazri yang juga MP Padang Rengas agar merafak sembah memohon kemaafan dengan segera bagi menandakan menjunjung kasih terhadap institusi diraja kita.

Kami cukup hairan seorang menteri yang menjaga sektor kebudayaan tiba-tiba hilang hormat terhadap institusi diraja yang sewajarnya diberikan penghormatan dengan peri bahasa yang baik dan sopan.

Budaya Melayu terhadap institusi diraja seolah-olah hilang di dalam Kementerian Kebudayaan oleh kerana kelakuan mluar biasa menterinya dan cukup memalukan.

 

Kami mencabar Pemuda Umno Perak dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mendesak Datuk Seri Nazri merafak sembah memohon kemaafan terhadap Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail dengan segera.

Jika Datuk Seri Nazri masih enggan, pilihan kepada Umno dan PERKASA agar desakkan pula terhadap Datuk Seri Nazri untuk meletak jawatan di dalam Umno dan sebagai menteri perlu juga dilakukan. Kami menunggu kesungguhan Umno dan PERKASA sebagai benteng utama institusi diraja jika benar mereka memang sayangkan institusi diraja di dalam isu ini!

 


SALMAN SALEH ketua Pemuda PAS Ipoh Timur.

Lihat Komen
ADS