Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

PAS Johor memandang serius apa yang berlaku kepada negara dan kepimpinannya mutakhir ini. Terlalu banyak isu yang menunjukkan kepimpinan negara yang tidak cekap, didakwa tidak amanah dan tidak boleh dipercayai.

Sejak daripada PRU-13, musibah demi musibah berlaku sehingga imej Malaysia jatuh di mata dunia. Terkini ialah dakwaan penglibatan akaun peribadi perdana menteri dalam isu kehilangan berbillion wang rakyat dalam isu 1MDB.

PAS Johor merasakan, demi kepentingan rakyat dan negara, satu siasatan segera perlu dilakukan. Justeru, PAS Johor menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dan Peguam Negara untuk membuka kertas siasatan ke atas isu ini.

PAS Johor juga ingin menggesa Ambank dan Bank Negara Malaysia membuat kenyataan rasmi menafikan semua transaksi yang telah dilaporkan bersama segala bukti yang tersebar di laman-laman sosial.

Kami juga bersetuju dengan pendapat presiden PAS bahawa Datuk Seri Najib masih perlu kekal sebagai perdana menteri Malaysia dan tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah sesuai dengan prinsip-prinsip perundangan Islam.

Namun beliau perlu bertanggungjawab atas segala tuduhan tersebut dengan memberi ruang seluas-luasnya supaya penyiasatan dapat dilakukan. Beliau juga perlu bertindak menyaman Wall Street Journal di atas laporan artikel yang mendakwa penglibatan beliau.

Penafian sahaja tidak mencukupi apabila tuduhan melibatkan maruah negara dan rakyatnya.


DATUK MAHFODZ MOHAMED ketua Dewan Ulama PAS.

Lihat Komen
ADS