Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Apakah sebab sebenarnya perdana menteri merombak Kabinet dan melucutkan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada jawatan timbalan perdana menteri?

Rakyat khasnya warga Johor tertanya-tanya tentang perkara ini dan mengaitkannya dengan pendirian tegas bekas TPM dalam skandal 1MDB.

 

Kita akui bahawa dalam sistem Westminister yang diamalkan oleh Malaysia PM mempunyai prerogatif untuk  melantik dan menggugurkan mana-mana anggota jemaah menteri.

Bagaimanapun, isu yang harus ditekankan di sini ialah ketelusan. Rakyat berhak mengetahui mengapa pemimpin yang mereka pilih dilucutkan daripada jawatan.

 

Saya ingin mengingatkan para MP dari Johor agar bertanggungjawab dalam isu yang melibatkan kepentingan seluruh rakyat termasuk warga Johor.

Saya berharap, MP Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed akan terus berani dan lantang dalam mempertahankan amanah yang diberikan oleh rakyat.

 

Saya menggesa ADUN dan MB Johor turut menyatakan pendirian mereka secara terbuka berkenaan isu 1MDB ini. Adakah pemimpin Umno Johor hanya akan menjadi pak turut kepada PM sehingga tiada seorang pun yang berani berdiri bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin?


TAN HONG PIN ADUN setiausaha DAPSY Johor dan ADUN Mengkibol.

Lihat Komen
ADS