Most Read
Most Commented
Read more like this
mk-logo
From Our Readers
PAS: Beri perhatian kepada padangan autoriti ini...

Saya telah memerhatikan beberapa isu berkaitan dengan pentadbiran kerajaan Kelantan yang dikemukakan dalam portal malaysiakini serta beberapa media lain.

Terus terang, saya mengakui bahawa daripada pelbagai kenyataan yang tersiar, selalunya kenyataan yang dikemukan oleh ahli exco Kelantan, Haji Husam Musa sahaja, yang nampak rasional berbanding kenyataan ahli exco atau wakil rakyat lain yang mengundang lebih banyak kekeliruan.

Kenyataan-kenyataan itu bolehlah dibaca sebagai cubaan melaga-lagakan para pentadbir dan pemimpin Kelantan, sekiranya ingin dibaca demikian. Dalam sebuah akhbar harian baru-baru ini pun Husam juga menafikan desas-desus bahawa beliau paling layak menggantikan Menteri Besar Kelantan atas alasan beliau yang nampak lebih bergeliga otaknya daripada yang lain.

Terlepas daripada soal itu, kita juga perlu melihat pelbagai rasional dan logik lain. Dalam isu pembelian Mercedes, sebagaimana logik yang dikemukakan saudara Ariff Wahab mahupun Profesor Politik Kelantan , keduanya ternampak betapa isu ini hanyalah bakal menambah tekanan kepada kerajaan negeri Kelantan.

Oleh itu, sewajarnya kita mengangkat tabik kepada Husam kerana membela kepentingan rakyat, dan duit rakyat dalam isu ini. Selain itu, di dalam Parlimen, Husam telah lama dikenali sebagai penghujah di pihak PAS yang paling berkesan sebelum beliau dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Hujah beliau disertai dengan perangkaan dan data, sesuai dengan kelayakannya sebagai seorang graduan ekonomi.

Nampaknya, di pihak PAS, mereka perlu menilai dengan berhati-hati dalam setiap isu yang mereka kemukakan. Pastinya, pandangan Husam perlulah diberi perhatian dan perlu dianggap autoriti sebelum sesuatu dasar ingin dimajukan kepada rakyat.


Please join the Malaysiakini WhatsApp Channel to get the latest news and views that matter.

ADS