Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat
Perdasama mahu badan kawal selia tolak penjualan Shell Refining

Persatuan Padagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) merayu kepada badan-badan kawal selia pasaran modal supaya menolak penjualan syarikat Shell Refining Company (Federation of Malaya) Bhd (SRC) pada harga diskaun yang keterlaluan kepada sebuah syarikat asing.

Kami mengulangi bahawa transaksi ini jika diluluskan akan membawa kerugian yang besar kepada para pemegang saham di kalangan institusi dan individu di Malaysia.

PERDASAMA juga merayu kepada Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Malaysia dan Kumpulan Pemantau Pemegang Saham Minoriti supaya menjalankan peranan masing-masing secara serius demi menjaga kepentingan pemegang saham.

Perkara ini amat penting oleh kerana kira-kira 30 peratus saham SRC dimiliki oleh institusi seperti Permodalan Nasional Bhd (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWSP).

Penjualan tersebut, yang tertakluk kepada kelulusan pihak kawalselia, merupakan diskaun sebanyak 63.6 peratus daripada harga saham SRC pada hari terakhir urusniaganya Jumaat lepas iaitu RM4.94 sebelum pengumuman transaksi dibuat pada Isnin.

Syarikat gergasi global Royal Dutch Shell mengumumkan ia telah menandatangani perjanjian penjualan keseluruhan pegangan 51 peratus atau 153 juta saham dalam SRC kepada Malaysia Hengyuan International Ltd (MHIL) dari China secara tunai bernilai AS$66.3 juta atau AS$0.43 sesaham.

PERDASAMA menganggap SRC dengan kilang penapis minyaknya di Port Dickson bukan sebuah syarikat biasa tetapi adalah satu aset strategik yang bertanggungjawab menapis kira-kira 30 peratus keluaran minyak mentah negara dan oleh itu tidak harus dijual kepada sebuah syarikat asing.


DATUK MOEHAMAD IZAT EMIR presiden Persatuan Padagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA).

Probe sale of refinery to Chinese firm, authorities told

Shell sells off M'sian refinery to Chinese firm

Lihat Komen
ADS