Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bagi pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), saya ingin menafikan dakwaan Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) SM Mohamed Idris seperti yang dilaporkan di dalam akhbar The Star bertarikh 12 Januari 2016 yang mengatakan MBPP gagal melaksanakan kerja-kerja pembersihan awam sehingga menjejaskan imej baik kerajaan negeri yang terkenal dengan dasar Cleaner, Greener, Safer & Healthier Penang .

Mengikut maklumat yang diterima oleh Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, kerja- kerja pembersihan awam sentiasa dipantau oleh pihak pengurusan dari masa ke semasa mengikut jadual yang ditetapkan.

i) Bagi zon kawasan yang dijalankan oleh MBPP:

Waktu pembersihan sistem perparitan awam

6.30 pagi – 3.41 petang (setiap hari)

waktu pembersihan jalan awam

6.30 pagi – 3.41 petang (setiap hari untuk principat streets )

6.30 pagi – 2.30 petang (3 kali seminggu untuk secondary streets )

Waktu pembersihan pantai

8.00 pagi – 4.00 petang (29 jajaran)

ii) Bagi zon kawasan yang dijalankan oleh kontraktor pembersihan yang dilantik

oleh MBPP :

Waktu pembersihan sistem perparitan awam

7.00 pagi – 4.00 petang (3 kali seminggu kecuali Ahad)

Waktu pembersihan jalan awam

7.00 pagi – 4.00 petang (setiap hari untuk principal streets )

7.00 pagi – 4.00 petang (3 kali seminggu untuk secondary streets )

Tahap pembersihan pantai, jalan dan perparitan dijalankan secara berterusan ( ongoing housekeeping ).

Kekerapan kerja-kerja pembersihan adalah mengikut keadaaan sesuatu kawasan tersebut.

Kerja-kerja pembersihan akan dipertingkatkan apabila keadaan kekotoran berada di luar jangkaan seperti berlakunya wabak demam denggi, ketika musim cuti, ketika keadaan laut luar biasa yang membawa sampah ke tepian pantai dan sebagainya.

Kerja-kerja pembersihan juga diatur secara task-force di kawasan yang mengalami kekurangan tenaga pekerja manakala bagi pembersihan sistem perparitan yang tidak dapat dijalankan secara manual, kenderaan Art Gulley Emptier (AGE) digunakan.

Perlu ditegaskan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang sentiasa mementingkan aspek kebersihan kerana menjadi aspirasi kerajaan negeri untuk menjadi negeri terbersih di Malaysia.

Pulau Pinang kini tidak lagi seperti dahulu.

Pulau Pinang bukan lagi "Negeri Darul Sampah" seperti yang didakwa sebelum ini.

Ini semua adalah usaha bukan sahaja daripada pihak MBPP dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), malah kerajaan negeri sendiri.


JOSEPH NG SOON SIANG ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Lihat Komen
ADS