Saya merujuk kepada beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh individu atau pertubuhan mengenai rentetan kes pendekatan pegawai Jawi yang membuat serbuan ke sebuah kelab malam dan menahan hampir 100 pengunjungnya yang terdiri daripada orang Islam.
Saya berpendapat, kita semestinya melihat kes terpencil ini dengan lebih menyeluruh dan dengan minda yang terbuka agar dapat mentafsirkan apakah "agenda tersembunyi" di sebalik kejadian tersebut.
1) PAS dan DAP sudah mula mengorak langkah untuk kembali bersama dalam Barisan Alternatif (BA) yang bakal dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini pasti meresahkan BN yang mula kelihatan tertekan akibat janji-janji manisnya kepada rakyat tidak dapat ditunaikan sebaliknya, apa yang berlaku ialah kenaikan harga barang, kenaikan kadar tol dan kegagalan projek-projek yang dilaksanakan.
2) Setiap tindakan dalam konteks demokrasi berparlimen Malaysia pastinya untuk menjaga kepentingan politik pemerintah dan menyekat pengaruh pembangkang dari terus menerangkan mesej mereka kepada rakyat. Justeru, kita bertanya, kenapa baru pada 12 Dis lalu, penguatkuasa Jawi melakukan operasi di kelab malam tersebut yang selama ini dibiarkan bermaharajalela?
3) Kita maklum bahawa mereka yang berkhidmat dengan kerajaan semestinya mempunyai akujanji supaya patuh dengan arahan, walaupun ia bertentangan dengan nilai keadilan yang dicanang oleh BN. Oleh itu, pegawai penguatkuasa Jawi juga tidak terlepas dan bila mereka membuat tindakan sebegitu rupa yang dikatakan seolah-oleh mencemar keindahan Islam, ia sebenarnya menerangkan kepada kita, akan berlakunya polemik berikut :
a) PAS akan mempertahankan tindakan Jawi yang melakukan misi amar ma'ruf nahi mungkar.
b) DAP kembali tidak selesa berunding dengan PAS kerana masyarakat bukan Islam sudah menggambarkan Malaysia akan menjadi negara Islam yang tidak memberi ruang kepada mereka untuk menikmati hak kebebasan individu yang tidak patut ditentukan oleh pemerintah, termasuk berhibur di kelab malam.
c) Membuka ruang kepada bukan Islam dan golongan Islam liberal menghentam Islam berdasarkan tindakan pegawai penguatkuasa Jawi.
c) BN dan kuncu-kuncunya menggambarkan liberalnya mereka dalam kes ini dengan mempertahankan mereka yang ditahan. Antaranya ialah Datuk Shahrizat Jalil yang meminta supaya ada pegawai wanita yang terlibat dalam operasi tersebut. Manakala Sisters In Islam meminta Enakmen Jenayah Syariah disemak semula kerana ia terlalu mengongkong hak individu terutamanya orang Islam untuk mencari hiburan. Misi akhir dari kes ini, adalah untuk memecahkan perancangan PAS dan DAP kembali bergabung dalam BA.
Justeru, saya berharap kita tidak terpedaya dengan perancangan halus BN yang ingin terus mengekalkan kuasanya. |
Berita Terkini dalam SMS
Maxis users
- Taip SMS "BUY MKINIM" dan hantar ke "26000" (caj bulanan RM 5.00)
- Taip "BUY WMKINIM" dan hantar ke "26000" (caj mingguan RM 1.50)
Umobile users
- Taip "ON NW MKINIBM" dan hantar ke "28118" (caj bulanan RM 5.00)
|