Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat

Tuan Hj Mohd Sabu

Presiden, k etua ARIF

Parti Amanah Negara

Tuan,

Saya mohon mencadangkan agar nama ARIF ditukar kepada nama yang lebih bersifat dinamik, robbust , masculine dan tidak menampakkan ia macam spesis hakim-hakim di mahkamah atau ulat-ulat buku di perpustakaan yang biasanya bersifat pendiam, sentiasa tundukkan kepala dan sering menjadi mangsa buli.

Ia juga dapat menghapuskan terus nama yang ada kaitan dengan nama Unit Amal dalam PAS.

Saya mencadangkan lima nama.

  • Genghiz - Geng AMANAH di semua Peringkat A-Z
  • T-REX - Team AMANAH Rakan Extra
  • Hadiid - Harapan Individu-individu di barisan Depan AMANAH
  • Zulqarnain - mengambil nama sempena ibrah dalam surah al-Kahfi
  • Fatih - mengambil nama sempena nama Mohamad Al Fatih

Ada orang kata ia mustahil boleh ditukar.

Saya mencadangkan namanya ditukar kerana nama AMANAH pun boleh ditukar daripada sebuah parti pekerja.

Apatah lagi nama ARIF, ia memang boleh dan relevan untuk ditukar.

Tuan,

Sila abaikan cadangan saya tersebut jika tuan rasa ia mengarut dan kebudak-budakan serta merugikan masa tuan dan parti.

Saya, Rokis bin Mohd Sidi, nombor ahli 11000148 mencadangkan.

Yang benar,

Rokis Mohd Sidi

No ahli 11000148

Dungun, Terengganu

Lihat Komen
ADS