Paling Popular
Terkini
mk-logo
Surat

Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada portal berita Malaysiakini yang telah memenangi kes terhadap saman fitnah dalam Mahkamah Tinggi semalam.

Keputusan mahkamah itu bukan sahaja merupakan kemenangan kepada portal berita tersebut, tetapi juga kemenangan untuk Malaysia yang demokratik walaupun dalam keadaan pemerintah terus menyekat amalan kewartawanan bebas dan bertanggungjawab.

Dengan penutupan operasi portal-portal berita bebas ekoran tindakan keras kerajaan, kita harus menyambut keputusan mahkamah ini yang mempertahankan media bebas sebagai tonggak masyarakat.

Adalah menjadi hasrat saya apabila kami membuat perubahan di Putrajaya, keutamaan tertinggi adalah kebebasan media dan kebolehan wartawan menjalankan tugas tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Selamatkan Malaysia!


DATUK SERI MOHAMED AZMIN ALI menteri besar Selangor.

 

Mkini menang kes saman fitnah oleh syarikat lombong emas

Lihat Komen
ADS