Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat
Gangguan bekalan air di Subang Jaya, Puchong
Diterbitkan:  Sep 21, 2016 4:52 PM
Dikemaskini: 9:28 AM

Beberapa kawasan di Subang Jaya dan Puchong sedang mengalami gangguan bekalan air sementara ekoran paip air pecah di Batu 13, Kg Kenangan, Puchong.

Kerja-kerja pembaikan paip air pecah sedang giat dijalankan sejak semalam dan bekalan air di kawasan terlibat dijangka pulih secara berperingkat selepas pukul 7.30 malam, 21 September 2016.

Kawasan-kawasan yang terlibat adalah USJ 1 hingga USJ 15, USJ 16 hingga USJ 27, Kg Kenangan, Jalan Subang 9 Sg Penaga Industrial Park, Jalan Bandar 1 hingga Jalan Bandar 19 Pusat Bandar Puchong, Jalan Merbah 1 hingga Jalan Merbah 3 Bandar Puchong Jaya, Taman Perindustrian Puchong, Taman Sri Puchong, Kompleks Sukan Rakan Muda Puchong, Stesen LRT Pusat Bandar Puchong, Kg Sri Langkas, Kg Sri Aman, Taman Puchong Intan dan Taman Puchong Prima.

Pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja-kerja pembaikan ini melalui aplikasi telefon bimbit pintar “mySYABAS” dan www.syabas.com.my.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Lihat Komen
ADS