Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Surat

Parti Amanah Negara (AMANAH) mengucapkan tahniah kepada Hashim Jasin atas pelantikan beliau sebagai mursyidul am PAS yang baru.

Sesungguhnya perlantikan ke jawatan yang utama itu adalah suatu yang tepat kerana beliau memiliki ilmu dan pengetahuan agama yang luas dan pengalaman politik yang panjang.

Hashim adalah seorang daie dan aktivis masyarakat yang kemudian berkecimpung dalam bidang politik memperjuangkan kesedaran Islam di negara ini.

AMANAH mengucapkan selamat berkhidmat kepada Hashim yang insya-Allah akan memberikan sumbangan, pemikiran dan bimbingan ke arah kekuatan dan dinamisme ummah.

Tahniah dan sejahtera kami doakan kepada Hashim.


MOHD ANUAR TAHIR setiausaha agung Parti Amanah Negara

Lihat Komen
ADS