Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Saya mewakili ahli parlimen pembangkang serta seluruh keluarga PKR merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Indonesia, terutama warga Pidie Jaya.

Gempa bumi yang diberitakan berskala 6.5 magnitud tadi menggoncang bumi Aceh pada jam 5.03 pagi waktu tempatan.

Gempa bumi ini juga dilaporkan mengorbankan 97 nyawa setakat ini dan menyebabkan kecederaan kepada ramai yang lain.

Nyata sekali insiden ini mengundang kesedihan kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga dan sahabat handai.

Kesedihan dan kedukaan ini turut dikongsi oleh kami di Malaysia, juga seluruh warga dunia.

Saya mendoakan roh mereka yang terkorban dikurniakan rahmat dan kesejahteraan oleh Allah SWT.

Semoga Allah juga mengurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi kepada mereka yang terlibat serta memberkati usaha pasukan penyelamat dan perubatan.


DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL ialah ketua pembangkang Parlimen Malaysia dan presiden PKR

Lihat Komen
ADS