Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ilmu adalah tunjang yang mengakar kekuatan seorang pendakwah dan pejuang.

Bagaimana dakwah Islam dapat disampaikan dan bagaimana pula Islam boleh diperjuangkan tanpa ilmu? Ilmu kepada pejuang, bagaikan modal kepada peniaga.

Firman Allah SWT:

“Dan tidaklah wajar orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah sebahagian mereka mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka kembali kelak ke pangkuan kaumnya; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).” (Surah At-Taubah: 122)

Namun Ilmu Islam ini mempunyai disiplin tersendiri yang perlu ditekuni untuk memilikinya.

Bermula dari kaedah pengajian, subjek dan methodologinya, ilmu juga mesti dipelajari secara istimrar (berterusan).

Malang jika ilmu hanya dikutip secebis tanpa talaqqi (berguru) dengan guru yang mursyid. Mutakhir ini, ramai yang menjadikan Facebook sebagai medium memuktamad ilmunya.

Facebooklah tempat mereka "menuntut ilmu" dan di Facebook juga mereka "lulus" dan akhirnya di Facebook juga mereka "berfatwa". Google Search pula adalah "mursyid" mereka.

Facebook adalah laman sosial dan tidak salah untuk dijadikan sebagai lapangan mencari maklumat dan berbincang pelbagai topik.

Namun ia bukan method yang betul untuk memuktamadkan ilmu. Justeru Facebook tiada kewibawaan untuk mengesahkan kesahihan sesuatu maklumat, ilmu atau "status" yang dimuat naik atau dikongsi atas talian perlu terlebih dahulu dibenarkan dengan disiplin ilmu yang betul dan berwibawa.

Rujuk laman yang diyakini kewibawaan ilmunya dan teliti status yang dimuat naik dengan manhaj dan disiplin ilmu yang betul. Ingat! Facebook sangat terdedah kepada pencemaran ilmu serta penyelewengan fakta.

Lihat Komen
ADS