Paling Popular
Terkini

Kami mohon FGV mengkaji semula peraturan mengehadkan kemasukan lori bagi urusniaga penghantaran Buah Tandan Segar ( BTS ) pembekal luar.

Merujuk satu surat yang dihantar kepada pelesen, pembeli sawit seluruh negara memaklumkan jawatankuasa telah menetapkan had kemasukkan lori bagi urusniaga BTS oleh syarikat atau pelesen luar perlu menggunakan lori melebihi 5 tan mulai Febuari 2017.

Pihak Felda Palm Industries Sdn Bhd tidak akan menerima penghataran BTS jika pembekal atau pelesen yang tidak mengikuti syarat seperti mana dikeluarkan.

Tindakan ini bukan sahaja menyusahkan pemilik kebun, bahkan, pemilik lori anak-anak peneroka Felda yang memiliki lori satu hingga tiga tan sahaja.

Ramai di antara pemilik lori anak peneroka Felda mengambil upah menghantar BTS pemilik kebun kecil-kecilan sebagai sumber pendapatan mereka.

Kebanyakan kerja-kerja penghantaran BTS, pihak Felda telah melantik syarikat tertentu sahaja. Pemilik lori anak peneroka Felda terpaksa mencari sumber pendapatan dengan pekebun luar.

Peraturan terbaharu ini juga akan menguntungkan pemilik lesen pembeli buah sawit yang memiliki timbang sendiri, mereka biasanya membeli dari pekebun dengan harga yang lebih rendah.

Pelesen ini juga tidak akan menggunakan perkhidmatan lori-lori kecil untuk menghantar BTS ke Kilang FGV. Ini akan menutup periuk nasi pemilik dan pemandu lori.

Kenapa peraturan ini diperkenalkan?

Sedangkan selama ini kilang FGV mengharapkan BTS dari luar sebagai mendatangkan keuntungan kepada operasi kilang selain dari memproses BTS Kebun Sawit Peneroka Felda dan Ladang FGV sendiri. Sekurang-kurangnya boleh menampung kerugian kos operasi bagi sesetengah kilang FGV.

Pemilik lesen belian sawit besar yang memiliki kilang sendiri atau akses dengan kilang swasta akan mengambil peluang ini untuk menghantar BTS kepada kilang swasta.

Justeru itu kami mendesak pihak FGV mengkaji semula peraturan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Kluster Sawit Huluan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif FPISB, Datuk Jamlus Aziz melalui surat edaran bertarikh 13 Januari 2017.


Naraza Muda adalah Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat.

Lihat Komen
ADS