Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Saya merasa kesal atas laporan yang ditulis oleh Nur Aslinda Nasir yang bertajuk “Teresa akhirnya mengaku terima dana YAWAS” yang disiarkan dalam laman web BNBBC pada 9 Mac 2017.

Laporan itu menunjukkan penulis sengaja tidak membentangkan fakta pemberian wang ehsan SMUE yang diterangkan oleh saya dalam wawancara dengan dia.

Jawapan saya terhadap tuduhan palsu dan kekeliruan yang dibangkitkan oleh Jamal Yunus dan portal online berkenaan pemberian wang ehsan SMUE adalah seperti berikut:

1) YAWAS (Yayasan Warisan Anak Selangor) adalah agensi yang ditubuhkan oleh Kerajaan Selangor yang menguruskan segala kebajikan yang diperuntukkan oleh kerajaan Selangor, termasuk SMUE (Skim Mesra Usia Emas), TAWAS (Tabung Warisan Anak Selangor) dan sebagainya.

2) SMUE ialah wang ehsan kepada keluarga si-mati yang dilahirkan di Selangor (si-mati yang memegang kad pengenalan yang mempunyai angka “10” di tengah-tengahnya). Setiap waris atau keluarga si-mati akan diberi RM2,500 di bawah skim ini.

Keluarga si-mati yang memohon SMUE akan diberi wang tunai RM1,000 oleh pejabat wakil rakyat yang diberi tauliah untuk melaksanakan pemberian wang terlebih dahulu. Dua bulan kemudian, pegawai pejabat Daerah akan memberi tambahan RM1,500 lagi kepada keluarga si-mati.

3) Kuasa pemberian wang ehsan di bawah SMUE selama ini diberi kepada ADUN Pakatan Rakyat di Selangor dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan. Tujuan ia diperluaskan ke Kuala Lumpur adalah kerana ramai warga Selangor bermastautin di Kuala Lumpur, dan adalah lebih mudah bagi waris atau keluarga si-mati untuk membuat permohonan di pusat khidmat Ahli Parlimen di Kuala Lumpur.

4) Bagi pejabat wakil rakyat Pakatan Rakyat yang menguruskan SMUE, wakil rakyat diberi satu kad ATM dan satu akaun bank khas di bawah nama wakil rakyat tersebut oleh Pejabat Daerah. Akaun bank wakil rakyat tersebut diperuntukkan RM10,000 sebagai permulaan. Staf pejabat wakil rakyat menggunakan kad ATM untuk keluarkan wang tunai RM1,000 daripada bank untuk diberi kepada setiap keluarga si-mati yang memohon SMUE.

Apabila RM10,000 dalam akaun bank habis dikeluarkan kepada keluarga si-mati, staf pejabat wakil rakyat pun akan hantar semua dokumen pemohon dan si-mati kepada Pejabat Daerah untuk rekod, kemudian pejabat Daerah akan menambah lagi RM10,000 ke dalam akaun bank khas untuk SMUE di bawah nama wakil rakyat tersebut sehingga ia habis diberikan kepada para waris si-mati yang membuat permohonan.

5) Semua rekod pemberian wang ehsan kepada waris si-mati yang merupakan warga Selangor telah disimpan baik oleh pejabat Daerah. Saya tidak pernah melakukan apa-apa penyelewengan dari segi pemberian wang ehsan. Pejabat Daerah Petaling mempunyai semua rekod penerima wang SMUE.

6) Sistem pemberian wang ehsan di bawah pelbagai skim kebajikan kepada warga Selangor telah dilaksanakan sejak Pakatan Rakyat menerajui pemerintahan Selangor. Saya tidak tahu kenapakah warga Selangor Jamal Yunus sekarang baru sedar tentang pelbagai program kebajikan di bawah YAWAS di Selangor ini. Tuduhan palsu dan fitnah yang dilemparkan oleh beliau terhadap saya dan rakan-rakan parti pembangkang memang menunjukkan beliau telah bankrap dari segi idea dan isu politik terhadap kami.

7) Saya juga merasa amat kesal cara portal BNBBC dan beberapa portal lain yang sengaja menyiarkan berita yang setengah benar di samping memutar-belitkan isu ini. Adalah jelas mereka ingin memburukkan namabaik saya dalam satu isu yang mana saya langsung tidak bersalah.

8) Saya akan berbincang dengan peguam saya tentang kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap BNBBC dan juga portal online yang lain.


TERESA KOK Ahli Parlimen Seputeh

Lihat Komen
ADS