Gelagat Tun Dr Mahathir Mohamad dan ayam tambatannya Tengku Mahaleel Tengku Ariff, tidak ubah bagaikan 'budak-budak manja yang iri hati'.
Mereka tidak putus-putus mempersoalkan keistimewaan yang diberikan kepada syarikat Naza serta isu pemberian permit import (AP) yang awam maklum hanyalah melibatkan pasaran kereta tempatan.
Di ambang ketibaan Afta ini, adakah wajar bagi Proton terus bertegang urat untuk memastikan ia diutamakan dalam mendapat keistimewaan di pasaran tempatan?
Orang lain memasang angan-angan mahu menakluk pasaran Asean, tetapi Proton masih riuh-rendah mempertahankan status jaguh kampungnya!
CEO Proton perlu berpegang kepada janjinya beberapa tahun lalu bahawa Proton akan mampu bersaing tanpa perlindungan kerajaan apabila Afta menjelma.
Kalau beliau gagal mengotakan janji sendiri, undurlah secara terhormat. Berhentilah bertikam untuk lidah mencari salah orang lain. Proton ditubuhkan untuk mencipta kereta, bukan mencipta alasan.
