Bila Terengganu mahu maju?

Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad        

Harapan rakyat Terengganu untuk melihat negeri tercinta ini menjadi sebuah negeri yang maju wajib direalisasikan.

Tetapi bawah pemerintahan Umno-BN harapan ini kian kabur. Sebagai ahli korporat dan ahli politik, saya memahami bagaimana negeri ini boleh maju bukan sahaja ekonominya malah rakyat Terengganu sekali.

Asas utama dalam membangunkan ekonomi negeri Terengganu adalah dengan merangka dasar yang jelas dalam membawa negeri ini menjadi sebuah ekonomi yang berdaya saing, pendapatan rakyat meningkat, peluang pekerjaan meningkat, pelaburan meningkat dan infrastruktur yang lengkap.

Saya percaya ramai rakyat Terengganu yang bijak pandai, hebat dalam pelbagai bidang, sama ada dalam dunia korporat, akademik, pertanian, kejuruteraan, hiburan dan bermacam-macam lagi.

Potensi mereka ini sekiranya benar-benar dimanfaatkan mampu membawa sinar baharu buat negeri Terengganu.

Malangya mereka lebih berminat untuk berkhidmat di luar negeri Terengganu kerana kurangnya inisiatif kerajaan negeri untuk menyediakan kapasiti peluang kepada rakyat yang terdiri daripada pelbagai bidang dan kepakaran serta anak-anak muda yang kreatif dan bijak pandai.

Di samping itu, masalah nelayan masih lagi menghambat kita, sumber protein utama rakyat Terengganu daripada luar bandar di Terengganu adalah ikan.

Dengan masalah bekalan ikan yang berkurangan kerana masalah nelayan dan dengan harga ikan pun naik di luar kemampuan, ini adalah masalah besar, khususnya bagi orang kampung.

Pergantungan yang tinggi kepada pertanian, sumber asli negara dan pergantungan kepada polisi ekonomi kerajaan pusat adalah punca kenapa kebanyakan negeri di Malaysia termasuk negeri Terengganu mengalami berpendapatan rendah.

Justeru, Terengganu punyai potensi yang cukup banyak dengan sumber aslinya, rakyatnya yang rajin serta bijak pandai, kedudukan yang strategik dan sebagainya.

Sekiranya Umno-BN tidak ada hala tuju jelas, tidak mengapa Pakatan Harapan negeri Terengganu sedia untuk memikul amanah ini demi melihat negeri Terengganu bersinar kembali.


DATUK RAJA KAMARUL BAHRIN RAJA AHMAD anggota parlimen Kuala Terengganu.

Tulisan ini pandangan penulis dan organisasinya dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

Komen

PERINGATAN:
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Malaysiakini
terkini untuk anda

Sign In